welcome

pemuda-terasing.blogspot.com

Tuesday, December 13, 2011

jika engkau pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
Ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta


Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/imran_ajmain/jika_engkau_pergi.html ]
Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu


Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata


Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama


Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah



Terbang



Andai bisa ku terbang,
Tinggi di awan,
Kan ku terbangkan sayap impian,
Melayang tinggi diruangan angkasa….oh…

Namun semua hanya impian,
Yang tak mungkin bisa ku janjikan,
Seperti apa yang terjadi di kisah khayalan,

Hanya mimpi yang bisa ku janjikan,
Realiti ini bukannya seperti mimpi sang puteri.

Maafkan aku melukai mu,
Maafkan ku kerna tak bisa,
Ku hadirkan semua mimpi-mimpi mu,

Pegang tangan ku pejam mata mu,
Dan selami hati yang berbunga,
Dan pastinya kau kan melayang,
Terbang diruangan angkasa.

Bersama ku berdua jelajahi kisah cinta,
Seperti di dalam kisah sang arjuna,
[best petikan lirik nie]
Semperna Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.Baginda diputerakan tanggal 28 november 1927 di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.


Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.


Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi YDPA kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.


Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan YDPA, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.


Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah. Baginda bakal dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 bermula pada 13 Disember 2011.

Itu serba sedikit biodata mengenai bakal Yang di-Pertuan Agong Ke-14 negara. Tetapi tahukah anda bahawa Baginda juga merupakan seorang yang sangat meminati sukan bolasepak ? Bagi penyokong pasukan Kedah Darul Aman, tanyalah mereka , pasti jawapannya YA! Mengapa ya?

Baginda merupakan penyokong setia skuad Hijau Kuning sejak masih muda lagi. Baginda akan mencemar duli memberikan sokongan kepada skuad Kedah setiap kali aksi yang melibatkan sang kenari bermain di laman sendiri iaitu stadium keramat, Stadium Darulaman. Namun sejak 2-3 tahun ini kesihatan yang kurang baik yang menyebabkan Baginda hanya sekali sekala ke stadium bagi memberikan sokongan kepada para pemainnya.

Pada final Piala FA 2007 yang melibatkan pertemuan adik beradik antara Kedah menentang Perlis di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, telah berlaku kesesakan yang amat teruk di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan. Baginda antara ribuan penyokong yang teperangkap di dalam kesesakan itu. Namun dengan semangat yang berkobar bagi menyokong pasukan, Baginda telah berjalan sejauh 2km untuk sampai ke stadium sedangkan kesihatan Baginda ketika itu bukanlah berada dalam keadaan terbaik untuk berjalan jauh sebegitu.

Sejak peristiwa itu, Baginda mengalami masalah kesihatan yang menghalang Baginda turut ke Stadium Darulaman secara kerap.Baginda juga akan turut memberikan sokongan setiap kali pasukan Kedah memasuki pertandingan akhir Piala Malaysia dan Piala FA.

Daripada cacatan ini, dapatlah dilihat bahawa Baginda seorang Sultan yang berjiwa rakyat yang amat menyokong penuh bidang sukan terutamanya sukan bolasepak. Diharap dengan perlantikan menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-14 ini, sukan di Malaysia khususnya bolasepak akan mendapat manfaatnya yang tersendiri apabila Baginda Sultan mencemar duli bagi memberikan sokongan diraja.

DAULAT TUANKU!
Moga Malaysia aman makmur dibawah pentadbiran Tuanku.Amin 3x..

lebih baik tgk KUNGFU PANDA drpd tgk OMBAK RINDU

‎"Adik-adik, tontonlah Kungfu Panda, ia jauh lebih membangkitkan iman. Di dalamnya tiada 'Muslim' tetapi ada banyak Islam. Jangan layan Ombak Rindu, dalam filem itu ada Muslim, namun tiada Islamnya." -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil-
em sy nk share 1 crite..

Dlm satu pesawat ni, ada seorang syiekh dan paderi sedang duduk bersebelahan..mreka dlm pnerbangan mnuju ke satu tmpat..{x igt kt mane}..paderi itu mhu mnguji iman syeikh trsebut..dia meminta pramugari supya memberiknnya 2 minuman arak..syeikh yg brada brsebelhan dgn dia 2 pelik dgn tindakn paderi krana paderi itu hanya mnaiki pesawat itu seorang dri..kemudian paderi itu pun menawarkn arak tersebut kpd syeikh.syeikh tersebut trsenyum dan brkta:

syeikh:maaf sy islam,sy tidak minum arak..
... paderi:ruginya kamu..sedap minumn ni..

kemudian syeikh tersbut, mminta pramugari spaya membawa mnuman tesebut kpd pilot yg sdang mmndu pesawat dan mnyuruh mreka minum skarang juga..dgn serta merta pramugari brkata:

pramugari:maaf pilot tidak boleh minum minuman ini..

syeikh td trsenyum lg..

Dengan takdir Allah dalam pnerbangan pulang, paderi dan syeikh itu duduk bersebelahn juga..syeikh menegur paderi trsebut:

syeikh:nnti krim salam sy pada istri dan anak2 awk yg tercinta ye
paderi:maaf sy paderi kristian,sy x de istri..
syeikh:ruginye kamu, seronok ada istri ni.

subhanallah..indahnya islam..

Saturday, December 10, 2011

Lelaki kacak..

suatu ketika itu aku pergilah satu mall ni,pusing punye pusing,jumpela sorang lelaki tu,dalam hati aku,aku ckp"hensem gile mamat tu"pastu dalam otak aku terfikir lah untuk nak tegur mamat hensem tu,bile dah dekat ngan mamat tu,baru aku perasan yang aku sebenarnye tengok cermin,dan dari situ aku bermonolog sendirian"hensem gile aku"...

Friday, December 9, 2011

Lapan cara untuk menghafal nama kenalan baru dalam rangka persaudaraan kerana Allah:

(1) - Hendaklah kita tanamkan rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain. – BH ; Kita letakan niat dan keazaman untuk menghafal nama seseorang dan mengingatinya.

(2) - Ketika sedang berkenalan, hendaklah kita siap untuk menghafal namanya - secara lengkap atau sebahagian saja— lalu mengingat-ingat dan memakainya pada saat itu juga tatkala bercakap-cakap. – BH ; ketika berbual-bual kali pertama kita boleh menggunakan ganti namanya dengan namanya sendiri.

(3) - Nama biasanya terdiri dari tiga bagian: namanya sendiri, nama orang tuanya, dan nama keluarganya. Nama yang paling disukai oleh pemiliknya adalah namanya sendiri atau kuniah-nya. (sebutan nama yang dikaitkan dengan anak laki-laki tertua, seperti Abu Khalid, Ummu Khalid, dan sebagainya). Jika Kita tambahkan pada nama itu nama keluarganya, itu akan lebih baik. Biasanya nama keluarga yang satu dengan yang lain tidak sama jadi sangat mudah untuk dihafal, seperti As-Siisi. Adapun nama-nama seperti Muhammad, Ali, Hasan, atau Sa'ad akan sangat banyak dijumpai, sehingga agak sukar menghafalnya.

(4)- Ketika berkenalan dengan nama yang baru, Kita harus mengingat orang-orang yang mempunyai nama yang sama - yang telah Kita kenal sebelumnya - agar mudah untuk menghafal. – BH ; ini penting untuk membezakannya. Apa tah lagi di Malaysia ini ramai yang mempunyai nama yang sama.

(5)- Pada waktu berkenalan, Kita harus memperhatikan wajah dan keadaannya; apakah ia berjanggut, memakai kaca mata, bagaimana warna kulit, suara, bentuk tubuhnya, pekerjaannya, serta di mana dan bagaimana perkenalan itu berlangsung.- BH ; pemerhatian dan pandanganlah wajahnya dengan penuh kasih sayang dan berikanlah peluang untuk kita mengenalinya lebih dekat.

(6)- Untuk memantapkan ingatan, Kita boleh menulis nama-nama tersebut, dan setiap kali bertemu hendaklah Kita memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah Kita mengirim surat kepadanya, kerana ini mempunyai impak yang amat besar dalam mempererat hubungan kita dengan mereka. Surat menyurat itu sendiri merupakan sarana dalam pendidikan. – BH ; sediakan buku khusus untuk mencatat nama individu yang baru kita kenali. Ia sangat praktikal!

(7)- Ketika bertemu lagi, Kita harus mengingat-ingat pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali, kerana ini dapat membantu kita dalam mengingat namanya dengan cepat.- BH ; proses recall ini sangat baik untuk latihan penajaman fikiran. InsyaAllah

(8)- Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi kita untuk berkenalan dengan teman-temannya, hingga kita mempunyai data nama yang amat banyak. Kita pun harus berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala.- BH ; ia adalah amalan yang sangat mulia dan tinggi di sisi Allah SWT.