welcome

pemuda-terasing.blogspot.com

Tuesday, December 13, 2011

Semperna Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.Baginda diputerakan tanggal 28 november 1927 di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.


Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.


Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi YDPA kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.


Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan YDPA, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.


Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah. Baginda bakal dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 bermula pada 13 Disember 2011.

Itu serba sedikit biodata mengenai bakal Yang di-Pertuan Agong Ke-14 negara. Tetapi tahukah anda bahawa Baginda juga merupakan seorang yang sangat meminati sukan bolasepak ? Bagi penyokong pasukan Kedah Darul Aman, tanyalah mereka , pasti jawapannya YA! Mengapa ya?

Baginda merupakan penyokong setia skuad Hijau Kuning sejak masih muda lagi. Baginda akan mencemar duli memberikan sokongan kepada skuad Kedah setiap kali aksi yang melibatkan sang kenari bermain di laman sendiri iaitu stadium keramat, Stadium Darulaman. Namun sejak 2-3 tahun ini kesihatan yang kurang baik yang menyebabkan Baginda hanya sekali sekala ke stadium bagi memberikan sokongan kepada para pemainnya.

Pada final Piala FA 2007 yang melibatkan pertemuan adik beradik antara Kedah menentang Perlis di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, telah berlaku kesesakan yang amat teruk di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan. Baginda antara ribuan penyokong yang teperangkap di dalam kesesakan itu. Namun dengan semangat yang berkobar bagi menyokong pasukan, Baginda telah berjalan sejauh 2km untuk sampai ke stadium sedangkan kesihatan Baginda ketika itu bukanlah berada dalam keadaan terbaik untuk berjalan jauh sebegitu.

Sejak peristiwa itu, Baginda mengalami masalah kesihatan yang menghalang Baginda turut ke Stadium Darulaman secara kerap.Baginda juga akan turut memberikan sokongan setiap kali pasukan Kedah memasuki pertandingan akhir Piala Malaysia dan Piala FA.

Daripada cacatan ini, dapatlah dilihat bahawa Baginda seorang Sultan yang berjiwa rakyat yang amat menyokong penuh bidang sukan terutamanya sukan bolasepak. Diharap dengan perlantikan menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-14 ini, sukan di Malaysia khususnya bolasepak akan mendapat manfaatnya yang tersendiri apabila Baginda Sultan mencemar duli bagi memberikan sokongan diraja.

DAULAT TUANKU!
Moga Malaysia aman makmur dibawah pentadbiran Tuanku.Amin 3x..

No comments:

Post a Comment